Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemui lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.